9 Disember 2015 - 16:14
Darul Fatwa Ahlisunnah Iraq kutuk pencerobohan Turki di Mosul

Sambil menggesa kerajaan Iraq bertindak, Darul Fatwa Ahlisunnah Iraq mengutuk pencerobohan tentera Turki di Utara Iraq dan mengecapnya sebagai sebuah penjajahan.

Download

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pencerobohan Turki ke atas wilayah Mosul telah menimbulkan kebimbangan dan kemarahan kerajaan Iraq dan rakyatnya. Isu ini mendorong Darul Fatwa Ahlisunnah Iraq mengeluarkan pernyataan bagi mengutuk pencerobohan tentera ini ke Mosul, sambil menganggapnya sebagai tentera penceroboh. Sekumpulan jemaah ulama Ahli Sunnah tampil dalam satu sidang media untuk meminta kerajaan mengambil tindakan mencegahnya, di Baghdad, hari ini.